Pages

Followers

Thursday, December 9, 2010

signage lagi

sinage lagi. my own design for my sista yg nak celebrate besday 14hb nih. hubby dia baru je sambut 6hb. so, sekali jer la ek. HAPPY BIRTHDAY dear sis!

Monday, December 6, 2010

signage

menghasilkan sinage ini untuk rumah baru Cikgu Haslina. psst...Cikgu Lin ni suker warna coklat. sebab tu bunganya warna coklat.
dengan harga jualan pengenalan bernilai RM30.
Saiz 9"X12"
Bunga dan font dibuat daripada kain felt dan dilekatkan di atas kain kanvas yang biasanya orang buat lukisan di atasnya.

 ini pulak cutter untuk kain. sangat tajam dan amat membantu dalam proses potong-memotong kain. satu untuk potong lurus dan satu lagi untuk potong bentuk wave. nak beli gunting yg bergerigi tu amatlah mahalnya paling murah survey setakat ini ialah RM39.90. Paling mahal dalam RM58++. terbantut hasrat nak beli. last2 jumpa yg ni. ringan pun ringan..he he
ni contoh penggunaannya semasa proses membuat sinage tuh.sangat sukerr..:)
yang ini saya turunkan harga sempena maal hijrah kepada RM1.50 satu tiub. sapa mau?

Saturday, December 4, 2010

flowers..flowers..

anakanda alia mencetus idea n ibu pun hasilkan la malam tadi. hmm..lama tol tak update blog. 2 minggu sebelum sekolah tutup. amatlah bz. ni pun tengah siapkan laporan2 bawa keluar murid yg tertangguh2 kerana orang lain tak de peduli nak siapkan. kalau hakak tak siapkan, akak jugak yg susah maser depan bila orang datang nak cek fail. lagipun kebetulannya kebanyakan acara hakak ikut join jadi cikgu pengiringnya..

yg dah siap ni nak jual la kalau nak beli. nak order pun bolej jer. kalau buat brooch, sekuntum tu saya jual RM2. Kalau amek 2 saya bagi RM3.50. Kalau amek banyak, boleh bincang harga. kalau nak buat keychain, lain la pulak harganya. tapi kalau buat hair clip, harga sama cam brroch. email jer la kalau nak ya zaazytouch@gmail.com. bagi tau la kod yg tertera atau kalau nak cantum warna kesukaan pun boleh.
ini contoh end product yg boleh dipilih.

ini detail gambar bunga yg ada so far. yang dah dijual tu pun boleh diorder, saya akan buatkan yg lain. :)
 
 
seronok pulak mencantum2 warna. he he.

ni nak tunjuk pulak hasil2 sebelum cuti sekolah dan juga sebelum bunga2 cinta kat atas tu muncul. he he.
ni projek batu seremban tempahan Pn. Syima MZ. hmmm best buat benda nih. ader sesaper nak? RM1.50 satu set.  i tak letak pasir tau dalam tu
  
ni huruf-huruf Q tempahan Pn. Syima jugak untuk anak teruna dia yg tamat tadika Q-dees. Tu yang huruf Q tuh..Yg special tu untuk cikgu Yati dia.


 yg atas ni pulak order Pn. Azza yg tertangguh buat sekian lama. banyak pulak onak durinya nak mengantar barang2 nih. pegi sampai ke umah tapi tak de orang pulak. nak pos pun tak jadik. tak per..tunggu azza balik dr menguruskan majlis adik dia.
ni pulak hasil2 lain. satu untuk cikgu Raihan, keychain sophie n klip rambut seumpama dengannya tu untuk tuan puteri Sophie, anak dara Pn. Syima MZ. yg lain tu saja jer buat ..cuba mencuba.