Pages

Followers

Saturday, November 12, 2011

hasil terkini

lama saya tidak bersiaran kerana bz n kesihatan. bulan ni saya pulun siapkan ini
kali ni saya jahit saja pasal tak kuasa dah nak jahit tangan sebab saya dah sarat. sorry Nieta,  terpaksa tolak ur request. saya siapkan dalam 93 buah keychain untuk farewell party anakanda saya yang akan tamat darjah 6 tahun ni. alhamdulillah farewell party tersebut berjalan lancar pada 10 Nov n saya telahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.7kg pada 8 Nov yang lepas.

ini dia baby baru saya
MUHAMMAD ZHAKI NAUFAL
more story ada kat sini

adios

Saturday, July 16, 2011

buah tangan latest

 fridge magnet
 hair clips
Keychain dinasour

Ini semua tempahan sahabat lama-Pn. Hanitahaiza Hairuddin. Kami bertemu masa sama2 menuntut n stay kat Kolej MAS UUM. La ni dia dah jadi senior lecturer kat Uitm. Ye ke Nita? Tu takat yang Liza tau jer la. ha ha. Ke dah ada title DR? kabo2 la berita baik tu ya. Semua yang kat ats tu untuk dimuatkan dalam party pack birthday anak dia. Harap suka ya. 

Saturday, May 7, 2011

bakul hantaran

lama sungguh saya tak muncul. ada juga menghasilkan bahan tapi too bz to upload. this is the lastest. tempahan cikgu lin untuk adik lelakinya yang telah pun selamat menikah hari ini. esok kenduri di pihak perempuan yang juga merupakan adik kepada kawan cik abangku. so we all dapat dua-dua jemputan la.

cabaran menyiapkan bakul2 ni kerana saiznya yang tak sama besar kerana dibeli sendiri oleh cikgu lin. juga masa yang terhad kerana cikgu lin tak mention tarikh sebenar. ingatkan nak guna cuti sekolah nanti. walau bagaimana pun, setelah berhempas pulas setiap petang dan malam minggu ni, akhirnya selesai la juga. ni la sebahagiannya. 5 bijik jer yang nak kena siapkan tuu...he he..kecoh.


layan gambar :
gambar amek dalam kete sejurus sebelum diserahkan pada tuan empunya nya. ha ha

Wednesday, March 9, 2011

Barang baru

barang baru- COMPASS CUTTER

Kegunaan : Memotong bentuk bulatan dari sekecil 10mm hingga sebesar 150mm untuk pelbagai jenis materials.
Harga : RM18.90
yang ini pula ialah TECHNIC KNIFE menggantikan rotary cutter yang dah kehabisan stok. Kegunaannya adalah sama saja dengan Rotary Cutter. Harga RM10
Dimaklumkan bahawa dua barang di atas dah Out Of Stock ya. Sorry! 

Thursday, February 24, 2011

bunga-bunga cinta

ha ha..sudah siap bunga bunga cinta tempahan cikgu Noraini untuk dijadikan cenderahati pada hari perkahwinannya bulan hadapan. SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan.

sempat juga disiapkan label zaazytouch untuk dikepilkan bersama bunga-bunga itew. Alang-alang, terus buat banner blog, gambar as identiti pemilik blog. he he

weekend ni rehat jap menjahit sebab ada team building kat JERAM. adios..

Sunday, February 6, 2011

update

hasil kerja tanganku yang terkini setelah lama menyepi kerana bz dengan kerja2 sekolahku.

tempahan Dira n kengkawannya dari USIM.
 yang lain-lain ni pula ialah tempahan cikgu aini untuk dirinya, anak2nya dan juga kawan kepada anaknya.
 
 
tq tice Aini. :) tempahan tice aini tu semua baru 1st time buat kecuali dolphin tu la. tapi dolphin dulu kecik jer. yg ni besau sket.