Pages

Followers

Saturday, February 11, 2012

latest


my latest hand craft
 antara applique yang dihasilkan. belum decide nak  buat apa lagi. may be book mark, may be hiasan key chain or hp strap, or macam2 lagi boleh buat dengan ni.
ni pulak, dah lepas blajar cara buat riben, terus apply. bunga tu lebihan tempahan lama. so combine cenggini lawa la jugak. ni boleh la kalau nak buat brroch, hairband, headband, nak hias hadiah ker...nak hias hantaran ker...hmm. juga belum decide nak hasilkan apa. bila diperlukan, baru hasilkan yg sebenarnya. ni sekadar mencuba untuk dijadikan contoh.

next project nak siapkan party pack untuk aiesya. lambat lagi tapi kena start awal coz dah mula kerja n supaya tak terhegeh2 nanti  nak selesaikan. nak buat apa? hmm...nanti cerita ya. :)

Monday, January 23, 2012

fridge magnet-guitar

tempahan dari seorang sahabat yg saya jumpa n rapat di UUM dulu, untuk party hari jadi anakandanya.
 ini lah dia fridge magnet berbentuk gitar sesuai ngan tema rock birthday party tu.

semalam, we all sekeluarga join the party. memang meriah.
ini la anak dara Syima MZ,-SOPHIE AIYUNI NATASYA. now, saya mengajar si cantik manis ni. tahun lepas n tahun ni masih lagi bersama.

Saturday, November 12, 2011

hasil terkini

lama saya tidak bersiaran kerana bz n kesihatan. bulan ni saya pulun siapkan ini
kali ni saya jahit saja pasal tak kuasa dah nak jahit tangan sebab saya dah sarat. sorry Nieta,  terpaksa tolak ur request. saya siapkan dalam 93 buah keychain untuk farewell party anakanda saya yang akan tamat darjah 6 tahun ni. alhamdulillah farewell party tersebut berjalan lancar pada 10 Nov n saya telahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.7kg pada 8 Nov yang lepas.

ini dia baby baru saya
MUHAMMAD ZHAKI NAUFAL
more story ada kat sini

adios

Saturday, July 16, 2011

buah tangan latest

 fridge magnet
 hair clips
Keychain dinasour

Ini semua tempahan sahabat lama-Pn. Hanitahaiza Hairuddin. Kami bertemu masa sama2 menuntut n stay kat Kolej MAS UUM. La ni dia dah jadi senior lecturer kat Uitm. Ye ke Nita? Tu takat yang Liza tau jer la. ha ha. Ke dah ada title DR? kabo2 la berita baik tu ya. Semua yang kat ats tu untuk dimuatkan dalam party pack birthday anak dia. Harap suka ya. 

Saturday, May 7, 2011

bakul hantaran

lama sungguh saya tak muncul. ada juga menghasilkan bahan tapi too bz to upload. this is the lastest. tempahan cikgu lin untuk adik lelakinya yang telah pun selamat menikah hari ini. esok kenduri di pihak perempuan yang juga merupakan adik kepada kawan cik abangku. so we all dapat dua-dua jemputan la.

cabaran menyiapkan bakul2 ni kerana saiznya yang tak sama besar kerana dibeli sendiri oleh cikgu lin. juga masa yang terhad kerana cikgu lin tak mention tarikh sebenar. ingatkan nak guna cuti sekolah nanti. walau bagaimana pun, setelah berhempas pulas setiap petang dan malam minggu ni, akhirnya selesai la juga. ni la sebahagiannya. 5 bijik jer yang nak kena siapkan tuu...he he..kecoh.


layan gambar :
gambar amek dalam kete sejurus sebelum diserahkan pada tuan empunya nya. ha ha

Wednesday, March 9, 2011

Barang baru

barang baru- COMPASS CUTTER

Kegunaan : Memotong bentuk bulatan dari sekecil 10mm hingga sebesar 150mm untuk pelbagai jenis materials.
Harga : RM18.90
yang ini pula ialah TECHNIC KNIFE menggantikan rotary cutter yang dah kehabisan stok. Kegunaannya adalah sama saja dengan Rotary Cutter. Harga RM10
Dimaklumkan bahawa dua barang di atas dah Out Of Stock ya. Sorry! 

Thursday, February 24, 2011

bunga-bunga cinta

ha ha..sudah siap bunga bunga cinta tempahan cikgu Noraini untuk dijadikan cenderahati pada hari perkahwinannya bulan hadapan. SELAMAT PENGANTIN BARU diucapkan.

sempat juga disiapkan label zaazytouch untuk dikepilkan bersama bunga-bunga itew. Alang-alang, terus buat banner blog, gambar as identiti pemilik blog. he he

weekend ni rehat jap menjahit sebab ada team building kat JERAM. adios..