Pages

Followers

Thursday, December 9, 2010

signage lagi

sinage lagi. my own design for my sista yg nak celebrate besday 14hb nih. hubby dia baru je sambut 6hb. so, sekali jer la ek. HAPPY BIRTHDAY dear sis!

Monday, December 6, 2010

signage

menghasilkan sinage ini untuk rumah baru Cikgu Haslina. psst...Cikgu Lin ni suker warna coklat. sebab tu bunganya warna coklat.
dengan harga jualan pengenalan bernilai RM30.
Saiz 9"X12"
Bunga dan font dibuat daripada kain felt dan dilekatkan di atas kain kanvas yang biasanya orang buat lukisan di atasnya.

 ini pulak cutter untuk kain. sangat tajam dan amat membantu dalam proses potong-memotong kain. satu untuk potong lurus dan satu lagi untuk potong bentuk wave. nak beli gunting yg bergerigi tu amatlah mahalnya paling murah survey setakat ini ialah RM39.90. Paling mahal dalam RM58++. terbantut hasrat nak beli. last2 jumpa yg ni. ringan pun ringan..he he
ni contoh penggunaannya semasa proses membuat sinage tuh.sangat sukerr..:)
yang ini saya turunkan harga sempena maal hijrah kepada RM1.50 satu tiub. sapa mau?

Saturday, December 4, 2010

flowers..flowers..

anakanda alia mencetus idea n ibu pun hasilkan la malam tadi. hmm..lama tol tak update blog. 2 minggu sebelum sekolah tutup. amatlah bz. ni pun tengah siapkan laporan2 bawa keluar murid yg tertangguh2 kerana orang lain tak de peduli nak siapkan. kalau hakak tak siapkan, akak jugak yg susah maser depan bila orang datang nak cek fail. lagipun kebetulannya kebanyakan acara hakak ikut join jadi cikgu pengiringnya..

yg dah siap ni nak jual la kalau nak beli. nak order pun bolej jer. kalau buat brooch, sekuntum tu saya jual RM2. Kalau amek 2 saya bagi RM3.50. Kalau amek banyak, boleh bincang harga. kalau nak buat keychain, lain la pulak harganya. tapi kalau buat hair clip, harga sama cam brroch. email jer la kalau nak ya zaazytouch@gmail.com. bagi tau la kod yg tertera atau kalau nak cantum warna kesukaan pun boleh.
ini contoh end product yg boleh dipilih.

ini detail gambar bunga yg ada so far. yang dah dijual tu pun boleh diorder, saya akan buatkan yg lain. :)
 
 
seronok pulak mencantum2 warna. he he.

ni nak tunjuk pulak hasil2 sebelum cuti sekolah dan juga sebelum bunga2 cinta kat atas tu muncul. he he.
ni projek batu seremban tempahan Pn. Syima MZ. hmmm best buat benda nih. ader sesaper nak? RM1.50 satu set.  i tak letak pasir tau dalam tu
  
ni huruf-huruf Q tempahan Pn. Syima jugak untuk anak teruna dia yg tamat tadika Q-dees. Tu yang huruf Q tuh..Yg special tu untuk cikgu Yati dia.


 yg atas ni pulak order Pn. Azza yg tertangguh buat sekian lama. banyak pulak onak durinya nak mengantar barang2 nih. pegi sampai ke umah tapi tak de orang pulak. nak pos pun tak jadik. tak per..tunggu azza balik dr menguruskan majlis adik dia.
ni pulak hasil2 lain. satu untuk cikgu Raihan, keychain sophie n klip rambut seumpama dengannya tu untuk tuan puteri Sophie, anak dara Pn. Syima MZ. yg lain tu saja jer buat ..cuba mencuba.

Friday, November 5, 2010

masa yang semakin suntuk

 

masa semakin suntuk untuk menyiapkan tempahan-tempahan sebelum cuti sekolah.
sibuk dengan aktiviti sekolah lagii...berkejar-kejaran menyiapkan.
sendiri yang cari pasal..he he
tu 2 kumpulan tempahan yang berjaya disiapkan dalam minggu ni. tu pun kumpulan pensel tu dah terpisah dari kumpulan pertama yang dah disiapkan lebih awal. 
letih!

Sunday, October 24, 2010

siap sebahagian jer..

he he..sambung tajuk tu ek...sebahagian lagi masih dalam proses menyiapkan. kui kui

 
 
semuanya order kengkawan adikku. semua HP charm kecuali nama si Alin tuh. pensel tu cuma yg lelaki punya jer tuh. yg pompuan pending sebabnya senarai nama tu dah hilang. hu hu. tepaksa la mintak baru senarai tuh. he he. selain tu, ada 2 lagi hp charm yg lom siap tempahan kengkawan si lela nih. dlm prosesss..

CRAFT SUPPLIES
saper nak?


Sunday, October 17, 2010

hasil weekend ini

yang sempat disiapkan seharian ini. mencuba benda baru memang mencuri masa tapi berbaloi la...tambah lagi melayan winter sonata kat maaduu.com. he he

Wednesday, October 13, 2010

beberapa percubaan yg berjaya

 tempahan cikgu raihan untuk anak2 sedaranya
 tempahan fariza untuk abang dan kakaknya
tempahan inna

Sunday, October 10, 2010

tempahan cikgu lehan. masih berhutang 1 lg ya.
order kak ave. udah siap kak. 

2 hari ni tak mampu nak buat banyak..sebabnya kena siapkan kertas pekse dulu.
so sabtu sepanjang ari dok mengerjakan kertas tu.
ahad plannya nak buat la banyak sket,
tapi ada kematian pulak. tambah lagi, kena tolong anakanda siapkan folio jahitan dia.
so,
hari ahad ku pun berlalu begitu saja.

nak buat cam mana kan? hu hu.

Tuesday, October 5, 2010

cakes, pillow n names

2 hari ni, berjaya menyiapkan kek-kek ini, bantal kecik n nama.

Saturday, October 2, 2010

Pensel nan 28 batang

akhirnya siap jugak
lelah nak menyiapkan dek beperang dengan
kerja sekolah, kerja rumah, bla bla bla
nak citer banyak, so tak yah citer.

ini lah pensel 28 batang tempahan
seorang cikgu sekolah, kawan kepada adikku
yang juga seorang cikgu.

Sunday, September 26, 2010

keychain Pn Ave

i manage to finish these two for today. if not because i have to prepare for tomorrow's classes, i will do few more. he he..

Keychain for Madam Ave n her Darling Qaisara. Hope u'll like it Maam.

Saturday, September 25, 2010

order ateh dah siap

order ateh dah siap plus order cik la yg satu tu jer. kawan cik la tunggu ya. tengah cari design.

Friday, September 24, 2010

tempahan ateh

lagi tempahan ateh yg telah disiapkan.
agak lewat kerana bz mengendalikan UPSR.
now its over but bekejar pulak nak siapkan exam paper for PKSR 2.
Coming soon ya students!
weekend ni banyak undangan..tempahan pun bertambah lagik.
masa berkurangann..moga siap la hendaknya tempahan2 itew.


Saturday, September 18, 2010

Monday, September 13, 2010

Friday, September 10, 2010

Craft Supply

SMALL RING :RM5 for 100 pieces
SMALL BELL :RM2.50 for 10 pieces
BIG BELL : RM2.00 for 10 pieces
KEYCHAIN RING :RM3.00 for 10 pieces
20 pieces for RM5.50
SMALL RIBBONS : RM2.50 for 12 pieces
PURPLE STAR BEADS: RM5 for 50 pieces
PINK FLOWER BEADS: RM5 for 50 pieces
 Keychain holder : 25 sen /pieces
RM4.50 for 20 pieces

hair clips